Mat...mat....
Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia
sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi
kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia
mahu
isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk
menanggung keluarga.
Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan
isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia
tahu
betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah
aku
dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya
dia
pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang
berehat
di rumah"
Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya,
ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja
dari
tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan
sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan
mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu
menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju
anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak
bawa ke
sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke
sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan
keperluan
dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan
barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam
peti
ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai
dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik
sekolah
nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula
bergegas
ambil anak dari sekolah.
Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya
membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan
bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu
menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat
perlu
pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah
tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan
Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan
pulak
solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.
Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan
malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci
pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan
supaya
anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00
malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai
lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa
isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam
Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua
kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.
Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,"Ya
Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.
Aku
keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat,
minum
kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai
suami
semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama
ini
bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku
terus di
rumah dan aku keluar bekerja"
Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,
kamu
belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah
menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."
Whatttt???... 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak
nak,
tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!
~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara
di
sisinya.
Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami???
"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang
yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."
Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya
membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab
pun
habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.........
Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
No comments:
Post a Comment