WASHINGTON: Presiden Barack Obama menunjukkan komitmen segera dalam mewujudkan perdamaian di Asia Barat, khususnya menamatkan konflik Gaza dengan membuat panggilan telefon empat pemimpin rantau berkenaan, hari ini.
Obama menelefon Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, Raja Jordan, Raja Abdullah dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.
“Dia (Obama) menggunakan peluang pada hari pertama berada di Rumah Putih untuk berhubung dengan pemimpin terbabit.
"Ini komitmen terbarunya untuk mewujudkan perdamaian antara Arab-Israel selain berharap mendapat kerjasama daripada mereka," kata Setiausa Akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs.
Sejak Israel mengadakan serangan agresif terhadap Palestin, seramai 1,300 penduduk Palestin dilaporkan terbunuh dengan separuh daripadanya membabitkan orang awam.
Gibbs berkata Obama 'menekankan soal kesungguhannya' untuk membantu mewujudkan gencatan senjata serta usaha untuk memulihkan semula kehidupan masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza.
Obama kata Gibbs juga berikrar kepada pemimpin terbabit bahawa kerajaannya akan sentiasa memberi kerjasama untuk memastikan usaha itu berhasil.
Rumah Putih menyifatkan perbualan telefon antara Obama dengan pemimpin terbabit berjalan dalam suasana baik dan penuh dengan semangat kerjasama. - AFP
Basic Resume Examples
3 years ago
No comments:
Post a Comment