Thursday, January 22, 2009

Kata-kata Hikmah 2

  • Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
  • Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
[Teruskan membaca]......

Obama tunai janji selesai konflik Gaza

WASHINGTON: Presiden Barack Obama menunjukkan komitmen segera dalam mewujudkan perdamaian di Asia Barat, khususnya menamatkan konflik Gaza dengan membuat panggilan telefon empat pemimpin rantau berkenaan, hari ini.

Obama menelefon Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, Raja Jordan, Raja Abdullah dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

“Dia (Obama) menggunakan peluang pada hari pertama berada di Rumah Putih untuk berhubung dengan pemimpin terbabit.

"Ini komitmen terbarunya untuk mewujudkan perdamaian antara Arab-Israel selain berharap mendapat kerjasama daripada mereka," kata Setiausa Akhbar Rumah Putih, Robert Gibbs.

Sejak Israel mengadakan serangan agresif terhadap Palestin, seramai 1,300 penduduk Palestin dilaporkan terbunuh dengan separuh daripadanya membabitkan orang awam.

Gibbs berkata Obama 'menekankan soal kesungguhannya' untuk membantu mewujudkan gencatan senjata serta usaha untuk memulihkan semula kehidupan masyarakat Palestin di Semenanjung Gaza.

Obama kata Gibbs juga berikrar kepada pemimpin terbabit bahawa kerajaannya akan sentiasa memberi kerjasama untuk memastikan usaha itu berhasil.

Rumah Putih menyifatkan perbualan telefon antara Obama dengan pemimpin terbabit berjalan dalam suasana baik dan penuh dengan semangat kerjasama. - AFP [Teruskan membaca]......

Wednesday, January 21, 2009

-Selamat Kan Palestin-

Photobucket [Teruskan membaca]......

Tuesday, January 20, 2009

Kata-kata Hikmah 1

Hidup memerlukan pengorbananan.
Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan menentukan kejayaan.
Kejayaan menentukan kebahagiaan. [Teruskan membaca]......

Pantun Kasih Yang Diuji

Layang-layang terbang melayang,
Jatuh ke laut disambar todak,
Mulut sahaja berkhabar sayang,
Di dalam hati satu pun tidak.

Limau manis condong ke paya,
Boleh buat sampiran baju,
Mulut manis kepada saya,
Hati kasih pada yang lain.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya,
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.

Menangguk, udangnya banyak,
Hendak dipepah airnya dalam,
Hendak masuk orangnya banyak,
Campaklah sepah dari dalam.

Buah rembega dibawa pulang,
Rama-rama terbang ke Jawa,
Adik membega, abang membulang,
Sama-sama membuang nyawa. [Teruskan membaca]......